Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh…
Awwalan, jutaan terima kasih diucapkan kepada akh Anas Othman atas khidmat dan nasihat beliau dlm proses utk menghasilkan blog ini. Masih byk lagi yg perlu dipelajari supaya dpt menghasilkan satu blog yg berkualiti dan bermanfaat utk semua…InsyaAllah!
Nama blog ini iaitu At-Talamiz yakni jama’ kepada at-tilmiz bererti pelajar telah dicadangkan oleh akh M Muaz M nurdin. Nama ini simbolik dgn ahli2 Usrah 2011 yg kesemuanya masih lg pelajar dan sentiasa akan terus menuntut ilmu hingga ke akhir hayat.
Idea utk menghasilkan blog ni diutarakan oleh akh Imran Fadhil sbg salah satu cara yg baik utk merapatkan silaturrahim antara ahli2 Usrah 2011 brothers. Perbezaan universiti dan latar belakang adalah antara faktor yg menyebabkan adanya ‘gap’ antara ahli usrah.
Selain itu, blog ini bertujuan utk memberi manfaat kpd ahli2 usrah yg ‘miss’ perjumpaan mingguan agar dpt merujuk segala hasil perbincangan pd setiap perjumpaan di blog ini. Ini bagi mengelakkan drpd wujudnya ahli yg terkebelakang atau tidak mengetahui sedikit pun ttg hasil perbincangan dlm perjumpaan mingguan.
InsyaAllah segala entri dlm blog ini akan lebih menjurus ke arah perbicangan isu2 semasa,tauhid, perkongsian idea dll. Bab fiqh mungkin akan jarang sekali disentuh disebabkan timbulnya bermcm2 khilaf dlm melakukan setiap ibadah, ditakuti akan timbul kecelaruan dlm melakukan sesuatu ibadah ditambah lg dgn keadaan penulis2 yg cetek ilmunya dlm bidang fiqh yg variasi.
Matlamat akhir penghasilan blog ni adalah utk mencari keredhaan Allah. Selain drpd itu ia merupakan salah satu cara yg baik utk berdakwah secara berperingkat. Semoga penghasilan blog ini dpt memberikan manfaat kpd semua pembaca…insyaAllah!
Wassalam,
Imran Tuan Yaacob